Nahas helikopter: Jenazah tiba di HRPB untuk bedah siasat

Kenderaan jenazah tiba di Unit Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, yang membawa mangsa nahas dalam insiden helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa. Foto Bernama
Kenderaan jenazah tiba di Unit Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, yang membawa mangsa nahas dalam insiden helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Jenazah 10 mangsa tragedi dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini petang Selasa.

Jenazah kesemua mangsa dibawa dengan van jenazah TLDM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dua ambulans tiba pukul 6 petang untuk tujuan bedah siasat setelah menjalani proses pengecaman waris di Hospital Angkatan Tentera Malaysia Lumut, sejak tengah hari tadi.

Jenazah kesemua mangsa dibawa dengan van jenazah TLDM dan NGO termasuk dua ambulans tiba pukul 6 petang. Foto Bernama
Jenazah kesemua mangsa dibawa dengan van jenazah TLDM dan NGO termasuk dua ambulans tiba pukul 6 petang. Foto Bernama

Nahas membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) yang berlaku pada 9.32 pagi tadi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.

Sementara itu, waris-waris mangsa yang tiba di HRPB sejak 4 petang tadi masih tidak bersedia ditemu bual media. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!