Ibu tunggal cekal besarkan lima anak

Rombongan Srikandi Bersatu ke rumah Hasmah (tengah) untuk menyerahkan barangan keperluan dapur.
Rombongan Srikandi Bersatu ke rumah Hasmah (tengah) untuk menyerahkan barangan keperluan dapur.
A
A
A
DUNGUN - Sepuluh tahun bergelar ibu tunggal membuatkan Hasmah Kadmin, 52, lebih cekal menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga demi membesarkan lima anak.

Walaupun perlu mengerah keringat demi melihat kelangsungan hidup anak-anak, Hasmah tetap berusaha memberi yang terbaik.

Menurutnya, walaupun sering berdepan kekangan kewangan, dia tetap akan memastikan anak-anak ke sekolah dan tidak mengabaikan pelajaran.

“Saya melalui pengalaman pahit dalam rumah tangga tetapi demi anak-anak kehidupan perlu diperbaiki.

“Memang agak mencabar membesarkan anak-anak sendirian tetapi yang penting berusaha,” katanya.

Hasmah berkata, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan turut mengambil upah menggosok pakaian di resort di Pulau Tenggol.

“Pendapatan itu memang tak cukup, lebih-lebih lagi bila masuk Oktober atau musim tengkujuh pulau ditutup dan saya tiada kerja.

“Rumah ini juga disewa dengan bayaran RM300 sebulan. Api air kena bayar dalam RM100,” katanya.

Hasmah berkata, dia tidak kisah sekiranya berdepan masalah lain tetapi yang penting keperluan sekolah anak-anaknya.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, dia mempunyai tiga anak masih bersekolah dan bersyukur sekiranya ada bantuan persekolahan untuk mereka.

Terdahulu, Hasmah menerima kunjungan Bersatu Dungun di rumahnya di Kampung Taman Jejawi, yang turut menghulurkan bantuan kepadanya.