[VIDEO] Helikopter TLDM terhempas: Identiti mangsa dikenal pasti

A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Identiti 10 kru yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita merupakan anggota dari Pangkalan TLDM Lumut dan Kota Kinabalu.

Menurutnya, semasa kejadian semua kru terlibat sedang mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

"Pihak TLDM telah memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa. Maklumat lengkap berkaitan mangsa akan kita dikeluarkan menerusi kenyataan media nanti," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan TLDM Lumut di sini pada Selasa.

Mohd Yusri
Mohd Yusri

Beliau berkata, operasi membawa keluar mangsa selesai dijalankan pasukan penyelamat diketuai TLDM bersama polis dan bomba.

Katanya, buat masa ini, kerja-kerja siasatan dijalankan di tempat kejadian membabitkan dua lokasi iaitu di Stadium TLDM Lumut dan kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, bagaimanapun poses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) Ipoh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pesawat HOM (M503-3) - 4 kru dan 3 penumpang:

(1) Komander Muhammad Firdaus Ramli (Pegawai Memerintah Skuadron 503)

(2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

(3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

(4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.

(5) Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (Penumpang).

(6) Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang).

(7) Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang).

Pesawat Fennec (M502-6) - 3 kru:

(1) Komander Muhamad Amir Mohamad TLDM (Pegawai Memerintah Skuadron 502)

(2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

(3) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!