11 warga asing niaga di pasar malam ditahan

Penguat Kuasa MBJB menyita barangan yang dijual warga asing tanpa kebenaran di tapak Pasar Malam Jalan Kenanga 3, Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru.
Penguat Kuasa MBJB menyita barangan yang dijual warga asing tanpa kebenaran di tapak Pasar Malam Jalan Kenanga 3, Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menahan penjaja warga asing di 11 lokasi pasar malam sekitar bandar raya ini kerana menjalankan perniagaan dan bekerja tanpa permit dalam operasi bermula 15 hingga 20 April.

MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, operasi itu dilakukan di Pasar Malam Taman Abad; Kampung Melayu; Taman Pelangi; Taman Johor Jaya; Plentong; Taman Desa Jaya; Taman Daya; Taman Ehsan Jaya; Taman Megah Ria; Bandar Baru Uda dan Taman Desa Cemerlang.

Ikan antara yang dijual penjaja warga asing.
Ikan antara yang dijual penjaja warga asing.

"Tindakan penguatkuasaan secara bersepadu termasuk sitaan itu dilakukan melibatkan anggota Jabatan Pelesenan MBJB, Jabatan Penguatkuasaan MBJB, Jabatan Imigresen Johor dan pihak polis.

"Tindakan pemberian notis dan sitaan barangan telah dibuat di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (MBJB) 2010 selain tindakan tangkapan warga asing yang dilaksanakan di bawah undangundang Jabatan Imigresen Malaysia," menurut kenyataan tersebut.

Antara barangan dirampas yang dijual warga asing berkenaan seperti ikan, kelapa, sireh dan pakaian terpakai.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!