Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly menerima cenderahati daripada Pengarah Pejabat Pengurusan Penyelidikan Klinikal Chinese Universiti of Hong Kong (CUHK), Prof Juliana Chan selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman antara Clinical Research Malaysia (CRM) dengan Chinese Universiti of Hong Kong (CUHK) bagi usaha sama dalam bidang klinikal, akademik dan prospek penyelidikan, di Kementerian Kesihatan hari ini. Foto Bernama
Dr Dzulkefly menerima cenderahati daripada Pengarah Pejabat Pengurusan Penyelidikan Klinikal Chinese Universiti of Hong Kong (CUHK), Prof Juliana Chan selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman antara Clinical Research Malaysia (CRM) dengan Chinese Universiti of Hong Kong (CUHK) bagi usaha sama dalam bidang klinikal, akademik dan prospek penyelidikan, di Kementerian Kesihatan hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beilau kerkata, pencapaian tersebut sekali gus menjadikan Malaysia menduduki tempat kedua dalam rantau Asia Tenggara dari segi bilangan kajian tajaan industri global.

Menurutnya, penyelidikan klinikal itu juga memberi impak mendalam kepada penjagaan kesihatan Malaysia, terutamanya melalui peningkatan akses kepada rawatan penyelidikan inovatif untuk pesakit.

"Dengan lebih 2,300 penyelidikan tajaan di negara ini sejak 2012, Pendapatan Negara Kasar yang diperolehi daripada kontrak penyelidikan klinikal telah berkembang dari tahun ke tahun dan kini berjumlah RM1.16 bilion,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2023 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, industri farmaseutikal kini bukan sahaja melihat Malaysia sebagai lokasi percubaan tetapi juga sebagai pangkalan serantau untuk operasi penyelidikan klinikal.

Dzulkefly berkata, dengan terus berpegang teguh kepada semua ini, CRM komited untuk memacu misi utamanya sepanjang dekad akan datang dengan tumpuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pilihan di Asia.

"Antaranya termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan CRM Mac lalu Saya berharap dapat melihat graduan dilatih dan dibangunkan ke arah membina kerjaya mereka dalam penyelidikan klinikal dan menjadi penyelaras kajian profesional," katanya.

Terdahulu, Dzulkefly menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara CRM dan Pejabat Pengurusan Penyelidikan Klinikal Universiti China Hong Kong (CUHK) untuk menyatukan lagi usaha dalam meningkatkan kemahiran penyelidik serta memacu perkongsian pengetahuan dalam penyelidikan klinikal. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!