Nyawa taruhan pengawal peribadi

Pengawal peribadi, individu yang sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga keselamatan seorang majikan. Gambar hiasan 123rf
Pengawal peribadi, individu yang sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga keselamatan seorang majikan. Gambar hiasan 123rf
A
A
A

SETIAP kali orang kenamaan (VIP) menghadiri majlis rasmi pasti akan terlihat kelibat lelaki berpakaian kemas, berkaca mata hitam dan kelihatan serius tanpa banyak bicara mengiringi.

Merekalah pengawal peribadi, individu yang sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga keselamatan seorang majikan, besarnya pengorbanan mereka.

Selain menjaga keselamatan prinsipal (majikan) mereka juga perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang ini sebelum boleh memulakan tugas.

Pengawal peribadi juga perlu sentiasa tangkas berfikir dan berani menanggung risiko dalam setiap keputusan yang dilakukan.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Persatuan Pengawal Peribadi (BGM), Mohd Affan Mohd Aris, hanya kira-kira 40 peratus pengawal peribadi di negara ini dilindungi insurans nyawa dan perubatan sama ada semasa atau di luar waktu bertugas.

Ujarnya, manakala 60 peratus lagi sekadar dilindungi di luar waktu bekerja sahaja.

Diharapkan selepas ini banyak syarikat insurans yang dapat memberikan perlindungan kepada pengawal peribadi memandangkan mereka lebih terdedah kepada risiko ketika bertugas.

Mulianya kerja yang mereka lakukan dan pastinya nyawa menjadi pertaruhan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!