'Jersi Perak cantik, saya dah tengok'

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

Jersi kita cantik, saya dah tengok, Itu reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi mengulas berhubung persiapan skuad The Bos Gaurus itu terutamanya mengenai jersi yang bakal digunakan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Ahmad Faizal berkata, setakat ini tidak timbul apa-apa masalah berhubung jersi berkenaan sebagaimana yang diperkatakan orang ramai pada ketika ini.

Justeru menurutnya, sebarang makluman berhubung jersi termasuk persiapan pasukan akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.

“Kalau semua benda kita nak tunjuk, kita tak ada element of surprise. Tak tahulah kat luar cerita macam-macam.

“Jersi kita tak ada masalah. Cantik, saya dah tengok. Orang tanya Jako ke apa ke, tunggulah. Nanti saya bagitahulah.

“Tak payahlah saya umumkan dahulu. Begitu juga pemain,” katanya yang juga Menteri Besar Perak di Ipoh hari ini.

Isu jersi baharu skuad Kejor Yeop Skor itu mula menjadi bualan hangat terutamanya dalam kalangan penyokong apabila pelancarannya yang dijadualkan berlangsung 11 Januari lalu, ditunda pada saat akhir hingga menimbulkan pelbagai persepsi.

Sementara itu, menyentuh mengenai persiapan pasukan, Ahmad Faizal berkata setakat ini skuad Seladang itu masih belum lengkap 100 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Setaka ini, persiapan mungkin 98 peratus. Cumanya benda nak buat kita dah buat. Bila tiba masanya kita akan umum,” katanya.