'Ulat' rayu, pujuk pelancong New Zealand sewa Alphard ditahan

Dua pelancong warga New Zealand yang ditawarkan khidmat kereta sewa haram oleh seorang supek berusia 45 tahun di KLIA 2.
Foto Ihsan JPJ.
Dua pelancong warga New Zealand yang ditawarkan khidmat kereta sewa haram oleh seorang supek berusia 45 tahun di KLIA 2. Foto Ihsan JPJ.
A
A
A

SEPANG - Menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang disewa untuk menawarkan khidmat kereta sewa haram di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2).

Kegiatan pemandu lelaki berusia 45 tahun itu terbongkar selepas ditahan pada jam 11.47 malam Khamis..

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, siasatan awal mendapati ‘ulat' tersebut memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada dua orang penumpang warga New Zealand.

"Pelancong itu ditawar dengan bayaran RM180 dari Terminal 2, KLIA ke Kuala Lumpur dan akan dibayar apabila tiba di destinasi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Kenderaan jenis Toyota Alphard yang disita pihak JPJ kerana didakwa digunakan membawa penumpang secara haram di KLIA 2.
Foto Ihsan JPJ.
Kenderaan jenis Toyota Alphard yang disita pihak JPJ kerana didakwa digunakan membawa penumpang secara haram di KLIA 2. Foto Ihsan JPJ.

Beliau berkata, Toyota Aplhard yang didakwa disewa oleh pemandu terbabit telah disita untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Katanya, sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1), di bawah akta yang sama.

"Orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!