Lapangan Terbang Dubai dijangka operasi semula dalam 24 jam

Lapangan Terbang Dubai. Foto Reuters
Lapangan Terbang Dubai. Foto Reuters
A
A
A

DUBAI - Ketua Pegawai Operasi (COO) Lapangan Terbang Dubai, Majed Al Joker mengumumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) akan kembali beroperasi seperti biasa dalam tempoh 24 jam, menandakan kembalinya kapasiti penuh dan jadual biasa.

Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).

Menekankan keselamatan penumpang sebagai keutamaan, Al Joker berkata, usaha kerjasama antara pasukan lapangan terbang, rakan kongsi dan syarikat penerbangan telah membantu memastikan keadaan kembali normal dan memudahkan pengembara yang terjejas.

Mengenai usaha yang dilakukan sejak beberapa jam dan hari yang lepas, Al Joker menekankan bahawa pasukan tindak balas dan kecemasan lapangan terbang, pelbagai jabatan, rakan strategik dan syarikat penerbangan telah bekerja keras menyelaraskan usaha untuk memulihkan keadaan serta membantu penumpang dan pelanggan yang terjejas.

Beliau juga menyatakan bahawa entiti yang telah bekerja dan masih berusaha untuk memulihkan keadaan termasuk pelbagai jabatan swasta dan kerajaan serta entiti dari dalam dan luar lapangan terbang.

Selain itu katanya, komunikasi berterusan dengan penumpang untuk memenuhi keperluan seperti penjadualan semula penerbangan atau tempahan semula serta hidangan ringan.

Lapangan Terbang Dubai turut memuji kakitangan yang berdedikasi dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pelanggan serta mengucapkan terima kasih kepada pelawat yang memahami keadaan getir itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: