Sheriff naskhah berbeza

Lakonan Syafiq dalam Sheriff menunjukkan sisi berbeza Syafiq.
Lakonan Syafiq dalam Sheriff menunjukkan sisi berbeza Syafiq.
A
A
A

PENULIS berada di kerusi sama dengan pelakon utama filem Sheriff, Syafiq Kyle yang ada keraguan pada mulanya apabila pengarah, Syafiq Yusof kembali memilih tema kepolisan.

Jika keraguan Syafiq berubah tatkala melihat skrip, keraguan penulis berakhir apabila penulis melihat pada klimaks filem tersebut.

Sebelum penulis meneruskan pandangan mengenai filem ke-14 arahan Syafiq, penulis ingin kongsikan sedikit info ringkas.

Pada asasnya, Sheriff: Narko Integriti mengisahkan Nazri, seorang anggota polis daripada Jabatan Narkotik yang berasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Aaron tampil berbeza dengan watak antagonis.
Aaron tampil berbeza dengan watak antagonis.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas daripada cengkaman undang-undang setelah melalui proses penghakiman.

Pada masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar bagi menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Naskhah tersebut menampilkan beberapa pelakon yang pernah bekerja di bawah arahan Syafiq iaitu Zul Ariffin selaku teraju utama bernama Sheriff, Azira Shafinaz (Sha), Elizabeth Tan (Jane) dan Datuk Aaron Aziz.

Artikel Berkaitan:

Turut menguatkan barisan pelakon Sheriff ialah Sharuddin Tamby, Kodi Rasheed, Esma Danial, Hazama, Azri Iskandar, Kamal Affendi dan penampilan istimewa, Hasnul Rahmat.

Lakonan mantap Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan menghasilkan Sheriff satu naskhah yang hebat dan menarik untuk ditonton.
Lakonan mantap Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan menghasilkan Sheriff satu naskhah yang hebat dan menarik untuk ditonton.

Berbalik kepada sentuhan Syafiq untuk naskhah kali ini, bagi yang mengenalinya pasti mengetahui gaya pengarahan Syafiq yang sukakan ‘plot twist’.

Kali ini Syafiq akan membuatkan penulis mempercayai salah seorang pemain dalam filem itu adalah pembunuh bersiri yang dicari tetapi pada akhirnya, ada individu lain tidak terjangka terdedah identitinya.

Bagi penulis, Syafiq bijak menyusun jalan cerita dan ‘permainan’ dalam Sheriff. Menarik, bersahaja dan paling penting tidak terlalu bosan.

Sheriff filem ke-14 arahan Syafiq.
Sheriff filem ke-14 arahan Syafiq.

Setiap babak penting dan ada tarikan tersendiri, menambahkan kelebihan adalah lakonan mantap oleh pelakon.

Tidak ada istilah cuba menenggelamkan gandingan, sebaliknya semuanya mengikut acuan Syafiq tanpa perlu berlebihan.

Kudos buat Syafiq kerana berjaya menghasilkan sebuah naskhah yang menarik dan jalan cerita berbeza serta berani!

Satu lagi point penting adalah lakonan bersahaja Zul, Syafiq, Azira dan Elizabeth yang begitu mantap.

Mengapa penulis kata begitu? Untuk jawapannya, anda harus saksikan sendiri Sheriff di pawagam.