Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

RINGGIT mengakhiri minggu ini dengan optimis apabila ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk sesi ketiga berturut-turut, didorong sentimen positif terhadap anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih baik berbanding jangkaan.
RINGGIT mengakhiri minggu ini dengan optimis apabila ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk sesi ketiga berturut-turut, didorong sentimen positif terhadap anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih baik berbanding jangkaan.
A
A
A

RINGGIT mengakhiri minggu ini dengan optimis apabila ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk sesi ketiga berturut-turut, didorong sentimen positif terhadap anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih baik berbanding jangkaan, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia pada Jumaat berkata, ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang 3.9 peratus pada suku pertama 2024 berdasarkan anggaran awal, berbanding 3.0 peratus pada suku keempat 2023, dipacu oleh sektor perkhidmatan.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, anggaran awal untuk pertumbuhan KDNK Malaysia menunjukkan ekonomi yang kekal stabil meskipun kos sara hidup lebih tinggi.

"Bagaimanapun, makluman terkini mengenai tindakan balas Israel akan mengekalkan sentimen lemah yang boleh menyebabkan permintaan lebih tinggi kepada dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0961/1009 daripada 5.1050/1082 semasa ditutup pada Khamis, menokok berbanding yen Jepun kepada 3.0947/0978 daripada 3.0980/1002 semalam dan menambah berbanding pound Britain kepada 5.9533/9589 daripada 5.9671/9708 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding mata wang Asean.

Artikel Berkaitan:

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9668/9847 daripada 13.0053/0188 semasa ditutup pada Khamis dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.5113/5149 daripada 3.5176/5201 semalam.

Ringgit naik berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.31 berbanding 8.36/8.37 pada Khamis dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 293.9/294.4 daripada 295.6/296.0 sebelumnya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!