Pelajar maut rentas desa: Pihak guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman

Bibi Sharliza
Bibi Sharliza
A
A
A

KUALA PILAH - Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah di sini ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, hanya orang terdekat dengan Allahyarham dan mereka yang berada di lokasi kejadian yang mengetahui apa sebenar berlaku.

"Jadi saya harap benda ini tak ditularkan dengan salah dan saya dah jumpa keluarga dan mereka menyatakan menerima apa yang terjadi ini sebagai takdir," katanya ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, pihak sekolah juga memaklumkan yang pelajar tersebut tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit ketika di sekolah.

Malah katanya, ketika kejadian, pihak guru juga sedaya upaya menyelamatkan Allahyarham, tetapi dia tidak menunjukkan tindak balas yang baik.

Beliau juga difahamkan ketika kejadian keadaan cuaca tidak begitu panas.

Sebelum itu Bibi Sharliza meluangkan masa beberapa minit bertemu dengan ibu Allahyarham yang jelas kelihatan sugul.

Bagaimanapun wanita terbabit enggan ditemu bual media kerana belum bersedia dan masih sedih dengan pemergian Allahyarham.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!