Video tular tunjuk kemaluan, suspek ada masalah mental

Orang ramai berkumpul menahan suspek selepas menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita dalam satu kejadian di Bukit Belimbing, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. - Foto: Media Sosial.
Orang ramai berkumpul menahan suspek selepas menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita dalam satu kejadian di Bukit Belimbing, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. - Foto: Media Sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Video tular seorang lelaki dipercayai menunjukkan kemaluannya adalah pesakit mental dan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya mengesan video tular di platform X yang memaparkan kejadian pertengkaran sekumpulan individu di kawasan perumahan.

Beliau berkata, video itu memaparkan suspek menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di Bukit Belimbing, Seksyen 26, dekat sini.

"Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian pada Selasa, lebih kurang jam 11 malam daripada seorang perempuan yang memaklumkan kejadian tersebut.

"Suspek yang berusia 46 tahun telah ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis.

"Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek dalam keadaan mabuk dan mempunyai masalah mental," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, suspek juga sedang menjalani rawatan psikiatri di sebuah hospital swasta di Klang.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Anis Shafika di talian 0110951310 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!