LBS lancar BSP Sutera: Residensi densiti rendah dengan lokasi strategik

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA – Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) telah melancarkan sebuah pembangunan residensi kediaman yang menampilkan kehidupan moden, BSP Sutera di Bandar Saujana Putra.

Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas tujuh ekar itu memberikan BSP Sutera suatu definisi baharu gaya hidup komuniti dengan pilihan kediaman dan rangkaian kemudahan yang menarik serta terletak di lokasi strategik.

BSP Sutera menawarkan dua jenis kediaman densiti rendah, iaitu pangsapuri dan rumah bandar dengan 421 unit, masing-masing direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup semasa.

Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas tujuh ekar itu memberikan BSP Sutera suatu definisi baharu gaya hidup komuniti dengan pilihan kediaman dan rangkaian kemudahan yang menarik serta terletak di lokasi strategik.
Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas tujuh ekar itu memberikan BSP Sutera suatu definisi baharu gaya hidup komuniti dengan pilihan kediaman dan rangkaian kemudahan yang menarik serta terletak di lokasi strategik.

Pembangunan berkenaan dijangka menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM207 juta, menggariskan kepentingannya terhadap merancakkan industri dan landskap hartanah negara.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San, LBS komited untuk menyediakan rumah yang memenuhi keperluan penduduk dan berusaha melangkaui jangkaan mereka.

“Dalam masa yang sama, menerusi pembangunan projek BSP Sutera, kami berhasrat untuk menyediakan gaya kehidupan yang lestari dan bersepadu yang memupuk elemen-elemen ketersambungan, komuniti dan mampu milik,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

HOCK SAN
HOCK SAN



Jelas beliau, dengan 337 unit pangsapuri merentasi sejumlah 20 tingkat dan 84 unit rumah bandar, BSP Sutera menawarkan pelbagai jenis kediaman untuk memenuhi keperluan setiap lapisan keluarga.

Katanya, bermula dengan harga mampu milik serendah RM442,680.00 (7 peratus diskaun bumiputera) dan keluasan bermula daripada 850 kaki persegi sehingga 1,471 kaki persegi bagi rumah bandar, memastikan ianya memenuhi kriteria keperluan semua.

“Selain dari kediaman yang direka dengan teliti, BSP Sutera turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti fasiliti senaman luar, trek joging, kebun komuniti, gelanggang futsal, dan banyak lagi.

No Image Caption

“Daripada kemudahan kawasan rekreasi sehingga ke pusat kecergasan dan taman permainan bersepadu, penduduk boleh menikmati gaya hidup aktif dan memberi kepuasan di kawasan persekitaran perumahan mereka.

“Sebuah kediaman ideal bukan sahaja merangkumi ruang kediaman dan akses semata-mata, kemudahan sekeliling turut memainkan peranan penting di dalam pemilihan kediaman berkualiti,” jelasnya.

Hock San berkata, kedudukan BSP Sutera yang terletak di lokasi yang amat strategik berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti institusi pendidikan, pusat beli-belah, hospital serta hab pengangkutan, memberi kelebihan dan sekaligus memastikan semua keperluan penduduk berada di dalam capaian mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!