Penampilan istimewa MB Selangor dalam telefilem Ayah Panggil Balik

Penampilan Amirudin (dua dari kanan) dalam telefilem Ayah Panggil Balik ditayangkan di saluran TV2 pada malam Jumaat.
Penampilan Amirudin (dua dari kanan) dalam telefilem Ayah Panggil Balik ditayangkan di saluran TV2 pada malam Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat penampilan istimewa dalam telefilem Ayah Panggil Balik ditayangkan pada Jumaat.

Amirudin memegang watak penting sebagai Tuan Kamil di samping beberapa pelakon terkenal tanah air seperti Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud dan Syafie Naswip.

Selain konflik keluarga, drama yang ditayangkan di saluran TV2 pada jam 9 malam itu turut menyelitkan Skim Iltizam Selangor Penyayang (ISP) untuk manfaat rakyat dan menekankan perpaduan serta keharmonian.

Telefilem yang menjalani penggambaran sekitar Kuala Langat dan Shah Alam ini turut mempromosi Inisiatif Roda Darul Ehsan, Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor serta bantuan perumahan.

Ayah Panggil Balik mengisahkan konflik dihadapi keluarga Cikgu Zainal (Zaidi Omar) hingga terpaksa menghalau dua anaknya Fendi dan Husna (Syafie dan Amira) dari kampung.

Bagaimanapun, kehadiran Tuan Kamil membantu kedua-dua beradik itu hingga berjaya hidup di bandar, sekali gus merapatkan kembali silaturahim.

Antara Exco Negeri Selangor yang dilaporkan turut tampil pada tayangan khas Aidilfitri itu ialah Exco Perumahan dan Kebudayaan, Borhan Aman Shah; Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim dan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: