UiTM siap kontinjen awal bagi pertahankan kejuaraan

Mohd Sazili (kiri) menyerahkan bendera UiTM kepada ketua kontinjen universiti itu pada Khamis.
Mohd Sazili (kiri) menyerahkan bendera UiTM kepada ketua kontinjen universiti itu pada Khamis.
A
A
A

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) melakukan persiapan dalam misi mempertahankan kejuaraan Fasa 1 dan Fasa 2 Karnival Sukan MASUM 2024.

Malah, Timbalan Naib Canselor UiTM (HEP), Mohd Sazili Shahibi berkata, atlet-atlet UiTM telah memulakan latihan dari sebelum dan sepanjang Ramadan lalu.

“Atlet-atlet menunjukkan semangat juang tinggi dengan menjalani latihan di sepanjang Ramadan tanpa gagal.

“UiTM memang sedia maklum Karnival Sukan MASUM Fasa 1 akan diadakan seawal Syawal dan kekangan yang dihadapi atlet-atlet adalah mereka semua menjalani sesi pembelajaran secara atas talian pada Ramadan di rumah.

"Jadi UiTM mengambil inisiatif untuk menyediakan penginapan atlet di UiTM bagi memudahkan mereka tinggal di UiTM dan menjalani latihan di sini sambil belajar secara atas talian di UiTM,” katanya pada Khamis.

Sebagai rekod, kontinjen UiTM mempertaruhkan kekuatan seramai 96 atlet bertanding di Karnival Sukan MASUM 2024 Fasa Satu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 22 sehingga 28 April.

Sebanyak tujuh sukan dan 70 pingat emas dipertandingkan pada Fasa Satu - silat, bola tampar pantai, taekwondo, petanque, memanah, ping-pong dan catur.

Karnival Sukan MASUM 2024 Fasa Dua akan diadakan di Universiti Malaya (UM) pada 6 sehingga 12 Mei melibatkan 10 acara sukan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28