Farhash Wafa bukan lagi pemegang saham utama HeiTech Padu

Farhash Wafa
Farhash Wafa
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bukan lagi pemegang saham utama dalam firma perkhidmatan teknologi HeiTech Padu Bhd.

Dalam satu pengumuman di Bursa Malaysia, HeiTech Padu berkata, ia berikutan perubahan dalam pegangan saham Mfivesouthsea Sdn Bhd iaitu syarikat induk Rosetta Partners Sdn Bhd menurut Seksyen 8(4) Akta Syarikat 2016.

Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024 melalui urus niaga perniagaan langsung.

Sebelum ini media melaporkan, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan tender bernilai RM190.01 juta bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem MySIKAP di semua pejabat JPJ.

Menteri Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke Siew Fook menerusi satu kenyataan menjelaskan, Heitech Padu memperoleh kontrak tersebut kerana syarikat itu menawarkan harga yang munasabah berjumlah RM185.07 juta dan melepasi kesemua peringkat penilaian.

Pada 24 November 2023 Lembaga Perolehan MOT memperakui tender kepada Heitech Padu selepas sistem tender terbuka ini dibuat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: