Bapa bunuh bayi enam bulan didakwa esok

Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai membunuh anak kandungnya berusia enam bulan akan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini pada Jumaat. Gambar hiasan
Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai membunuh anak kandungnya berusia enam bulan akan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

KAJANG - Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai membunuh anak kandungnya berusia enam bulan akan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Muhamad Nasir Drahman berkata, lelaki berusia 27 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sebelum ini, suspek ditahan pada Isnin lalu untuk bantu siasatan kes kematian bayi lelaki di sebuah rumah, Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu media melaporkan, perkara itu terbongkar selepas bedah siasat ke atas mayat bayi terbabit mendapati terdapat kesan kecederaan pada kepalanya.

Pada awalnya polis menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 25 tahun pada 8.52 pagi.

Muhamad Nasir dilaporkan berkata, lelaki itu mendakwa bayinya tidak sedarkan diri di rumah tersebut.

Hasil pemeriksaan awal, tiada kecederaan pada badan mangsa dan mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat yang bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi perbuatan jenayah.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, polis menahan bapa mangsa di pekarangan Unit Forensik hospital berkenaan pada jam 11.30 malam hari sama.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!