Titah Adendum: Kerajaan perlu bertindak cepat, elak jadi polemik pertikaian

Najib Razak. Foto Bernama
Najib Razak. Foto Bernama
A
A
A

PENDEDAHAN terbaharu mengenai afidavit Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menimbulkan pelbagai reaksi.

Malah rata-rata ahli politik terutama daripada parti itu sendiri mahu penjelasan lanjut daripada kerajaan supaya perkara tersebut tidak dijadikan polemik pertikaian.

Dakwaan wujud Titah Adendum (tambahan) agar Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah itu seakan menarik minat orang ramai untuk mempertikai.

Ini kerana sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau tidak mengetahui sebarang bahagian tambahan atau titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung kebenaran tersebut.

Percanggahan ini secara tidak langsung mendorong Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh untuk menggesa kerajaan menjelaskan perkara tersebut.

Selain itu, Ketua UMNO Kelantan turut menggesa kerajaan membetulkan maklumat berbangkit kerana dibimbangi dilihat seperti mempermainkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Melihat kepada situasi ini, kerajaan perlu bertindak segera supaya isu berbangkit tidak dibiarkan tanpa jawapan sehingga boleh menimbulkan pelbagai polemik.

Jangan dilupa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu juga akan berlangsung kurang tiga minggu dari sekarang.

Artikel Berkaitan:

Sekiranya tiada sebarang tindakan atau penjelasan dilakukan pihak bertanggungjawab, dikhuatiri isu ini akan terus dijadikan modal oleh pembangkang pada PRK berkenaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28