Tindakan Tengku Zafrul mahu betulkan fakta afidavit dipersoal

Tengku Zafrul, Isham Jalil
Tengku Zafrul, Isham Jalil
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mahu membuat permohonan bagi memperbetulkan beberapa fakta dalam afidavit berhubung titah adendum menimbulkan tanda tanya, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.

Beliau berkata, pihaknya turut mempersoalkan tindakan tersebut selepas afidavit difailkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.

Beliau turut mempersoalkan tindakan tersebut selepas afidavit difailkan Ahmad Zahid berkaitan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.

“Zafrul ingin cakap apa dalam afidavit dia dan apa fakta yang dia ingin betulkan?

“Adakah dia ingin betulkan apa yang Ahmad Zahid kata dan afidavit itu tidak tepat atau menipu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ahmad Zahid mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah adendum tersebut dibuat supaya Najib dapat menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Isham turut memaklumkan, selepas mantan Ahli Parlimen Pekan terbabit memfailkan saman dan isu mengenai adendum keluar, ada pihak yang seakan-akan ‘kalut’ untuk membuat afidavit.

Artikel Berkaitan:

“Sepatutnya Ahmad Zahid buat kenyataan terbuka berkenaan perkara ini dua bulan lepas, bukan sekarang selepas jadi kes mahkamah dan mereka boleh disapina.

“Syabaslah lakonan geng ubi dan Semangat 47.

“Yang bijak Najib, dia bawa perkara ini ke mahkamah supaya boleh lihat siapa ‘kawan’ yang main wayang dan menipu,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!