Impian besar Mbappe

Mbappe. Foto EPA
Mbappe. Foto EPA
A
A
A

PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe memasang impian untuk membantu kelabnya, Paris St Germain (PSG) meraih gelaran sulung Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Mbappe memacu kemenangan PSG selepas meledak dua gol ketika bangkit menewaskan Barcelona 4-1 dalam aksi suku akhir kedua awal pagi Rabu.

Kemenangan itu menyaksikan mereka layak ke separuh akhir dengan agregat 6-4, selepas PSG ketinggalan 2-3 di suku akhir pertama.

“Saya bangga berada di PSG sejak hari pertama. Ia bukan kerana saat baik dan buruk yang mungkin menjejaskan kebanggaan saya.

"Ia adalah kebanggaan mewakili kelab di ibu negara saya, ia sangat istimewa kerana saya membesar di sini.

“Pengalaman menikmati malam indah seperti ini sebagai warga Paris, ia memang hebat.

"Kami ada satu lagi halangan sebelum ke final di Wembley, jadi kami perlu kekal tenang.

"Saya memiliki impian untuk memenangi trofi UCL,” ujar Mbappe.

Artikel Berkaitan:

Selepas tewas 2-3 di Paris, PSG ketinggalan 0-1 di Barcelona sebelum tuan rumah beraksi dengan 10 pemain apabila Ronald Araujo dilayangkan kad merah kerana mengasari Bradley Barcola pada minit ke-29.

Bekas penyerang Barcelona, Ousmane Dembele menyamakan kedudukan buat pelawat sebelum rehat sebelum Vitinha dan Mbappe melengkapkan malam gemilang mereka di babak kedua.

PSG akan berdepan Borussia Dortmund di separuh akhir selepas kelab Jerman itu menundukkan Atletico Madrid dalam satu lagi aksi suku akhir.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28