Mesyuarat bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang selesai

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana yang terletak di Presint 10, di sini menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan berlangsung petang ini.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana yang terletak di Presint 10, di sini menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan berlangsung petang ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang selesai pada jam 6.45 petang, Rabu.

Kenderaan yang membawa pemimpin parti politik dilihat meninggalkan Kompleks Seri Perdana menerusi pintu protokol jam 6.50 petang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sebelum ini Fadillah berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Ia susulan perjumpaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengannya di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: