Trafik internet Malaysia meningkat 6 peratus - Cloudflare

Malaysia mencatatkan peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023
Malaysia mencatatkan peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023, menurut firma ketersambungan awan, Cloudflare.

Menerusi laporan sukuannya bertajuk Global Internet Trends and Insight, Cloudflare menjelaskan kesesakan trafik berasal dari Malaysia yang dapat dikurangkan semasa tempoh itu meningkat 19 peratus.

"Pada suku pertama 2024, Cloudflare memenuhi purata 23 bilion permintaan kandungan harian kepada Malaysia.

"Daripada permintaan harian itu, purata 929 juta atau empat peratus telah disekat sebagai serangan siber setiap hari, diklasifikasikan terutama sebagai serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS) berasal di Malaysia, peningkatan 19 peratus suku ke suku,” tambah firma itu.

Berkongsi maklumat lanjut mengenai DDoS, Cloudflare memaklumkan industri yang paling menjadi sasaran di Malaysia pada suku pertama 2024 termasuk perjudian, mata wang kripto, teknologi maklumat dan perkhidmatan serta penerbangan.

Pertahanan utama terhadap serangan lapisan aplikasi itu adalah peraturan tembok keselamatan aplikasi web (WAF) dan mitigasi DDoS, masing-masing menyumbang 48 peratus, menurutnya.

Cloudflare menjelaskan di peringkat rantau, trafik internet Singapura melonjak sebanyak 18 peratus suku ke suku pada suku pertama 2024, manakala kesesakan trafik yang dapat dikurangkan meningkat 55 peratus.

Firma itu juga menyekat purata enam bilion ancaman siber setiap hari yang menyasarkan Singapura, penurunan 24 peratus suku ke suku. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28