Internet berkelajuan tinggi setaraf negara maju

Gobind dan Moggie melihat Pengerusi Majlis Pengurusan Kampung Kampung (MPKK) juga generasi kedua peneroka Felda, Redwan Sentul, 58, melayari internet di rumahnya.
Gobind dan Moggie melihat Pengerusi Majlis Pengurusan Kampung Kampung (MPKK) juga generasi kedua peneroka Felda, Redwan Sentul, 58, melayari internet di rumahnya.
A
A
A
Projek Rintis bagi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (National Fiberisation Connectivity Plan (NFCP) yang dibangunkan kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya siap lebih awal daripada perancangan dan membuka akses internet berkelajuan tinggi di 1,100 kediaman di Jasin, Melaka.

Menerusi projek rintis ini, penduduk di Kuarters Polis Jasin, Taman Merbau Perdana, Taman Maju dan Felda Kemendor kini dapat menikmati kelajuan internet setaraf negara maju, cecah 1 gigabit sesaat (1Gbps) pada harga berpatutan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, projek ini penting bagi kerajaan menilai aspek teknikal, keselamatan dan kebolehharapan komersial NFCP.

"Kerajaan dan TNB akan melihat secara keseluruhan hasil projek rintis ini untuk buat pertimbangan mengenai kemungkinan melaksanakannya pada skala lebih besar di seluruh negara” katanya dalam ucapan pelancaran Projek Rintis NFCP, di Jasin Melaka.

Tambahnya, menerusi rangkaian telekomunikasi TNB ini juga, kerajaan percaya perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi menjadi lebih terbuka dalam suasana persaingan lebih sihat.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie pula berkata, projek rintis ini menjadi satu lagi tanda NCTNB bukan sahaja memastikan rakyat menikmati bekalan elektrik berdaya harap, malah sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan memperkasa pengguna dari segi penggunaan teknologi.