Lelaki warga Pakistan ditahan miliki motosikal curi

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana memiliki motosikal curi di Jalan Medan Nusa Perintis, Gelang Patah, Iskandar Puteri pada Isnin.
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana memiliki motosikal curi di Jalan Medan Nusa Perintis, Gelang Patah, Iskandar Puteri pada Isnin.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana memiliki motosikal curi di Jalan Medan Nusa Perintis, Gelang Patah dekat sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri memberkas suspek yang berusia 40 tahun pada jam 11 pagi.

"Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan atas kesalahan di bawah Seksyen 279A Kanun Keseksaan.

"Turut dirampas sebuah motosikal jenis Modenas dengan nombor pendaftaran JHU4785 serta dua anak kunci motosikal terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan mendapati motosikal tersebut merupakan motosikal curi selepas melakukan semakan nombor pendaftarannya.

"Motosikal itu dikesan hilang pada Mac lalu. Kita masih melakukan siasatan sama ada suspek adalah pencuri motosikal tersebut," katanya.

Menurutnya, siasatan ke atas suspek mendapati lelaki berkenaan tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapatinya negatif dadah.

"Orang awam sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan jenayah, dadah dan sebagainya boleh berkongsi maklumat di balai polis berhampiran atau pusat kawalan daerah IPD Iskandar Puteri menerusi talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!