MIDA pemudah cara penting hapuskan halangan kepada bakal pelabur

Tengku Zafrul ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu yang bertajuk Stepping Stones: MIDA’s Journey di sini hari ini. - Foto: Bernama
Tengku Zafrul ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu yang bertajuk Stepping Stones: MIDA’s Journey di sini hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

LEMBAGA Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memainkan peranan sebagai pemudah cara pelaburan penting untuk menghapuskan halangan kepada bakal pelabur, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, MIDA yang ditubuhkan pada 1967, kini telah beralih sebagai agensi promosi dan pemasaran pelaburan utama Malaysia, satu langkah strategik untuk memperkukuh landskap pelaburan negara, memastikan negara kekal sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif dan menarik.

"Sehubungan itu, saya ingin meluaskan lagi sumbangan MIDA kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia, dan kaedah yang lebih baik untuk mengiktiraf warisan bernilai MIDA adalah menerusi buku mewah yang kami lancarkan ini,” katanya pada majlis pelancaran buku itu yang bertajuk Stepping Stones: MIDA’s Journey di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman dan Pengarah Urusan dan CEO kumpulan Hong Leong Bank (HLB), Kevin Lam.

Buku itu ditulis oleh bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang dan bekas Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong serta penulis biografi dan penerbit Bernice Cynthia Narayanan.

Tengku Zafrul berkata, buku itu mesti dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mendalami penggubalan dasar perindustrian Malaysia dan perjalanan pembangunan negara selepas merdeka.

"Saya dimaklumkan bahawa projek buku Stepping Stones ini bermula sejak sedekad lepas. Oleh itu, saya perlu mengucapkan tahniah kepada Datuk Arham berikutan kepimpinan beliau yang pada akhirnya melahirkan kisah MIDA daripada konsep kepada cetakan.

"Kerjasama dengan MIDA juga adalah lebih bermakna berbanding dengan perkongsian biasa; bank seperti Hong Leong mempunyai peranan penting dalam menyokong ekosistem perindustrian dan pelaburan yang giat, serta dalam memajukan kemakmuran sosioekonomi Malaysia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, MIDA dan HLB dalam kenyataan bersama berkata, kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menyokong keseluruhan ekosistem pelaburan dan menyediakan pembiayaan komprehensif dan perkhidmatan perbankan untuk perniagaan yang memasuki pasaran Malaysia.

Seiring dengan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan kepada pelabur dan perniagaan asing dan domestik, HLB telah membentuk kerjasama strategik dengan MIDA, berikrar untuk menyokong keseluruhan ekosistem pelaburan dan menawarkan pembiayaan komprehensif dan perkhidmatan perbankan untuk perniagaan yang memasuki pasaran Malaysia.

Perjanjian itu menandakan komitmen kedua-dua pihak untuk mendorong pakatan strategik yang menggalakkan pertumbuhan perniagaan mampan dan penglibatan merentas perusahaan kecil dan sederhana serta sektor komersial Malaysia, kata kedua-dua pihak. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!