Xiong Du Du dan Yu Rong Rong, maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

Xiong Du Du dan Yu Rong Rong tampil bertemu dengan khalayak ramai pada petang Ahad. - Foto: Agensi
Xiong Du Du dan Yu Rong Rong tampil bertemu dengan khalayak ramai pada petang Ahad. - Foto: Agensi
A
A
A

MASKOT pertandingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2024 iaitu "Xiong Du Du” dan "Yu Rong Rong” tampil bertemu dengan khalayak ramai di sini pada petang Ahad.

Peringkat final Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Chenghdu, China dari 27 April hingga 5 Mei, disertai 32 pasukan dari 20 negara dan kawasan.

Sebagai pertandingan badminton bertaraf tertinggi di dunia, Piala Thomas dan Piala Uber edisi ini adalah kali pertama diadakan di kawasan barat China dan juga pertandingan badminton peringkat tertinggi sebelum Sukan Olimpik Paris tahun ini.

Menurut jadual pertandingan yang diumumkan pihak penganjur, empat perlawanan pembukaan ialah: pasukan China berdepan Singapura dalam Kumpulan A Piala Uber, pasukan Jepun melawan pasukan Uganda dalam Kumpulan C Piala Uber.

Pasukan Malaysia berdepan pasukan Hong Kong China dalam Kumpulan D Piala Thomas dan pasukan Korea Selatan melawan pasukan Kanada dalam Kumpulan A. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: