Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei

Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan naib juara Selangor FC pada 10 Mei.
Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan naib juara Selangor FC pada 10 Mei.
A
A
A

SAINGAN Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan naib juara Selangor FC pada 10 Mei.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan perlawanan pembuka tirai itu, akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor dan disusuli dengan saingan Liga Super 2024/2025 pada hari berikutnya.

Pemenang pada perlawanan berkenaan dalam masa sama akan meraih tiga mata, yang turut dikira dalam kedudukan carta Liga Super musim baharu itu.

MFL dalam pada itu mengumumkan jadual perlawanan minggu pertama sehingga minggu ke-13 (LS1-LS13) melibatkan perlawanan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024/2025 menerusi satu pautan di laman sesawang rasminya.

"Bagaimanapun sekiranya badan bebas, First Instance Body (FIB) memutuskan hanya 12 kelab sahaja yang layak bertanding di dalam Liga-M musim ini, MFL akan mengemas kini semula kalendar dan jadual pertandingan Liga-M yang lengkap untuk semusim,” menurut kenyataan itu.

MFL dalam masa sama menjelaskan penyediaan kalendar Liga-M musim baharu telah mengambil kira pelbagai aspek, antaranya kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2023 melibatkan latihan pasukan kebangsaan (kelayakan Piala Dunia 2026), Liga Juara-juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-juara AFC 2 (ACL2).

Kejohanan Piala FA pula bakal berlangsung pada 13 Jun sehingga aksi final pada 24 Ogos.

Menurut kenyataan itu, format pertandingan Piala FA 2024 akan dimaklumkan selepas pengesahan oleh FIB, berkenaan jumlah kelab yang akan bertanding di dalam Liga-M termasuk bagi Piala Malaysia dan Piala Cabaran MFL.

Artikel Berkaitan:

Manakala jadual dan format pertandingan Piala MFL akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Mohd Rizzua tekad lebur rekod Rayzam Shah dalam masa dua tahun

Dalam perkembangan berasingan, atlet 110m (meter) lari berpagar kebangsaan Mohd Rizzua Haizad Muhamad bertekad untuk memecahkan rekod kebangsaan acara itu yang menjadi milik Rayzam Shah Wan Sofian yang dipegang sejak 2017, dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mohd Rizzua berkata, sasaran itu ditetapkan setelah merasakan prestasinya kian meningkat selepas mendapat sentuhan legenda olahraga negara Nur Herman Majid, sejak tahun lepas.

Mohd Rizzua tekad lebur rekod Rayzam Shah dalam masa dua tahun.
Mohd Rizzua tekad lebur rekod Rayzam Shah dalam masa dua tahun.

"Insya-ALLAH... saya sasar untuk capai kemuncak dalam masa dua tahun lagi. Jika saya benar-benar fit, saya harap dapat pecah rekod kebangsaan,” katanya kepada Bernama.

Rayzam Shah mencatat kepantasan 13.67 saat (s) ketika menjuarai final sebuah kejohanan di Weinheim, Jerman pada 2017, sekali gus meleburkan rekod kebangsaan berusia 23 tahun milik Nur Herman iaitu 13.73s pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.

Atlet berusia 27 tahun itu berkata dorongan serta bimbingan diberikan Nur Herman sepanjang latihan ternyata membuahkan hasil apabila beliau berjaya memperbaiki rekod peribadi terbaiknya 13.85s yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand

"Banyak saya pelajari daripada Nur Herman seperti teknik larian kerana beliau sangat ‘gempak’ dari segi itu, jadi satu kerugian jika saya tidak manfaatkan apa yang saya dapat darinya” kata Mohd Rizzua.

Selain memecahkan rekod kebangsaan, atlet dari Kota Samarahan, Sarawak itu juga memasang impian untuk merangkul pingat pada Sukan SEA akan datang.

Beliau yang pernah beraksi sebanyak dua kali di pentas temasya dwitahunan itu belum pernah memenangi sebarang pingat ketika edisi 2017 di Kuala Lumpur dan 2021 di Hanoi, Vietnam.

Sementara itu Mohd Rizzua berkata setakat ini beliau dijadual menyertai beberapa kejohanan luar negara termasuk Terbuka Taiwan 2024 pada Jun sebelum mengharungi kempen Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya dan Malang, Indonesia.

AUG 2024 dijadual berlangsung dari 25 Jun hingga 6 Julai ini.