Tiada kawasan rekodkan IPU tidak sihat

Bacaan IPU seluruh negara pada tahap baik dan sederhana setakat jam 11 pagi Isnin.
Bacaan IPU seluruh negara pada tahap baik dan sederhana setakat jam 11 pagi Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Kualiti udara di seluruh negara kekal baik dan tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi Isnin.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 37 kawasan merekodkan IPU sederhana manakala 31 lagi kawasan berada di paras baik.

Kawasan yang dilaporkan berada pada tahap IPU sederhana antaranya adalah Banting (78), Cheras di Kuala Lumpur (77), Tanah Merah (72), Seberang Perai (69) dan Tasek Ipoh (67).

Ia diikuti Alor Setar (67), Kota Bharu dan Politeknik Kota Kinabalu (62), Petaling Jaya, Kuala Terengganu dan Langkawi (60), Johan Setia dan Balok Baru Kuantan (59) serta Klang dan Rompin (58).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU sederhana adalah Lumut, Bukit Rambai, Batu Muda di Kuala Lumpur, Pegoh Ipoh, Taiping, Kulim Hi-Tech, Sungai Petani, Minden, Balik Pulau, Kuala Selangor, Shah Alam, Nilai, Temerloh dan Larkin.

Kawasan yang mencatatkan IPU baik pula antaranya Kota Kinabalu (47), Bandaraya Melaka (44), Jerantut, Seremban dan Labuan (43), Port Dickson, Tanjung Malim dan Paka (42) serta Kluang (40).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!