Sejarah 120 tahun Leverkusen

Alonso bersama pemain meraikan kejayaan Leverkusen mengungguli Bundesliga. - Foto: AFP.
Alonso bersama pemain meraikan kejayaan Leverkusen mengungguli Bundesliga. - Foto: AFP.
A
A
A

BAYER Leverkusen memahat sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran Bundesliga buat pertama kali dalam tempoh lebih satu abad.

Pengesahan kejayaan itu diperoleh selepas skuad bimbingan Xabi Alonso meraih kemenangan 5-0 ke atas Werder Bremen untuk bergelar juara liga selepas 120 tahun.

Kejayaan dramatik tersebut sekali gus menamatkan penguasaan 11 tahun Bayern Munich di pentas liga tertinggi Jerman itu.

Kemenangan berkenaan bagaimanapun belum memuaskan hati Alonso kerana Leverkusen masih dahagakan lebih banyak kejayaan.

“Ia belum berakhir. Kita lihat berapa jauh kami boleh pergi,” katanya.

Gelaran sulung Leverkusen itu hadir selepas lima kali menduduki tempat kedua, selain berpeluang meraih treble musim ini dan memadam gelaran 'Neverkusen' yang menghantui mereka selama ini.

Leverkusen turut mara ke final Piala Jerman dan mendahului 2-0 pada aksi pertama suku akhir Liga Europa menentang West Ham.

“Masih ada sasaran yang belum dicapai, namun ia akan difikirkan pada Selasa nanti. Hari ini dan esok, kami perlu meraikannya,” ujar Alonso.

Artikel Berkaitan:

Leverkusen ketika ini mengutip 79 mata - jumlah tertinggi selepas 29 perlawanan dalam sejarah liga Jerman dan 16 mata di depan Bayern yang menghuni tangga kedua serta Stuttgart di tempat ketiga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!