PM enggan layan ‘perbalahan’ Akmal-Kor Ming, seru bekerjasama

Anwar (kiri) hadir pada Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar Ke-5 dan Sambutan Hari Kelahiran Dr Ambedkar Ke-133 Tahun di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. Foto Bernama
Anwar (kiri) hadir pada Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar Ke-5 dan Sambutan Hari Kelahiran Dr Ambedkar Ke-133 Tahun di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua pemimpin Kerajaan Perpaduan untuk mengelak perbalahan dan saling bekerjasama.

Katanya, perbalahan secara terbuka, akan memberi mesej yang salah terhadap kerajaan pimpinanya.

“Saya tidak melayan kenyataan sedemikian. (kenyataan Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming).

“Pada fikiran saya, ia bukan konteks yang betul bagi Kerajaan Perpaduan, kita patut bekerjasama,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Ahad.

Anwar berkata demikian ketika ditanya media mengenai kenyataan Akmal yang berkata, kemerosotan ekonomi kerana ada menteri ‘kurang cerdik’ seperti Kor Ming.

Ia ekoran kenyataan Kor Ming pada hantaran di aplikasi X berkata pekerja tempatan menderita akibat pemboikotan yang diseru oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain berhubung Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Anwar berkata ia masih dalam fasa perbincangan.

“Nanti kita bincang,” katanya ringkas.

Artikel Berkaitan:

Pada 4 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong, susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac.

Kee Hiong, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28