Pertahanan Brazil perkuat kubu Sang Kenari

Cleylton diumumkan pemain baharu KDA FC musim 2024-2025. - Foto: KDA FC
Cleylton diumumkan pemain baharu KDA FC musim 2024-2025. - Foto: KDA FC
A
A
A

PERTAHANAN dari Brazil, Jose Cleylton de Morais dos diumumkan sebagai pemain baharu menguatkan pertahanan tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi musim 2024-2025.

Sang Kenari dalam satu kenyataan berkata, Pemain berusia 31 tahun itu beraksi bersama pasukan Ipatinga FC musim lalu.

Menurutnya, pemain yang mesra disapa Cleylton ini memulakan karier bersama pasukan Sao Paolo di Liga Brazil dan pernah beraksi suatu ketika di Asia dan merupakan rakan sepasukan dengan Habib Haroon ketika di Bahrain.

"Cleylton berketinggian 1.90 meter, fizikal yang sesuai untuk mengemudi bahagian tengah pasukan yang memerlukan suntikan pemain import di bahagian pertahanan.

"Kehadiran beliau akan memperkuatkan benteng terakhir bergandingan dengan pemain tempatan berpengalaman seperti Rizal Ghazali, Wan Amirul Afiq, Akmal Md Zahir dan Ariff Farhan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah KDA FC, ketinggian dimiliki pemain itu mampu memberi kelebihan ketika bertahan dan memberi dinamik serangan melalui situasi bola mati.

"Pernah beraksi di Liga utama Brazil, Portugal, UAE, Bahrain pasti memberi kelebihan kepada Cleylton untuk menyesuaikan diri dengan Liga Malaysia seterusnya memastikan pertahanan Sang Kenari utuh bertahan," ujarnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: