Harga tiket Stadium Darul Aman naik RM5

Mohd Daud berkata, walaupun amaun harga tiket Stadium Darul Aman yang dinaikkan bukanlah sekali ganda tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kelab menstabilkan kos operasi setiap masa.
Mohd Daud berkata, walaupun amaun harga tiket Stadium Darul Aman yang dinaikkan bukanlah sekali ganda tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kelab menstabilkan kos operasi setiap masa.
A
A
A

PENGURUSAN Kedah Darul Aman (KDA) FC memutuskan menaikkan harga tiket sebanyak RM5 mulai perlawanan pramusim dan perlawanan musim 2024-2025 di Stadium Darul Aman bagi membantu kos operasi pasukan tersebut.

Pemilik majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, kenaikan harga tiket ini dijangka dapat membantu kewangan pasukan Kedah dalam menghadapi saingan Liga Super musim baharu ini.

Menurutnya, harga baharu tersebut adalah sebanyak RM20 bagi zon terbuka, RM30 zon pavilion dan RM40 zon astaka utama.

"Walaupun amaun yang dinaikkan bukanlah sekali ganda tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kelab menstabilkan kos operasi setiap masa.

"Pas bermusim pula akan ditawarkan dengan harga lebih kompetitif dari harga keseluruhan tiket perlawanan di Stadium Darul Aman iaitu RM150 bagi Zon Terbuka, RM250 Zon Pavilion dan RM380 Zon Grandstand yang melibatkan 12 perlawanan Liga Super sahaja," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KDA FC di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah di sini.

Tambah beliau, KDA FC juga mengalu-alukan sumbangan serta tajaan dari pihak-pihak yang berminat bekerjasama dengan kelab bagi musim ini tetapi perlulah melalui saluran yang betul.

Menurutnya, kelab tersebut telah menerima tajaan persiapan pra-musim dari Syarikat AR AB Group Sdn Bhd dan terus mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak termasuk syarikat tempatan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28