Kerajaan negeri, PAIP sentiasa pantau masalah bekalan air musim perayaan

Wan Rosdy mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan pada Ahad
Wan Rosdy mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan pada Ahad
A
A
A

LIPIS - Cuaca panas yang melanda negara selain insiden paip pecah menjadi antara faktor beberapa kawasan di negeri mengalami masalah bekalan air ketika musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, masalah tersebut tidak dapat dielakkan menjelang musim perayaan.

"Cuma pada kali ini krisis air lebih sedikit daripada biasa mungkin disebabkan cuaca kemarau.

"Bagaimanapun pihak PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad) telah menyediakan bekalan sehingga 1, 300 tangki air di kawasan yang mengalami masalah dan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban pengguna yang terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan pada Ahad yang dihadiri hampir 10,000 pengunjung terdiri pelbagai kaum.

Antara ribuan pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan.
Antara ribuan pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan barisan Exco kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri dan PAIP sentiasa memantau isu terbabit agar ia tidak berlarutan dan penduduk segera mendapatkan bekalan air dalam masa yang singkat.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, usaha ini juga secara tidak langsung dapat meringankan bebanan mereka yang menghadapi masalah air di kawasan yang telah dikenal pasti.

"Tahniah kepada PAIP kerana walaupun banyak kawasan terputus bekalan air bersih tetapi mereka masih dapat membekalkan air dalam bentuk menghantar tangki air di kawasan terjejas.

" Tindakan juga telah diambil dari masa ke masa. Masalah paip pecah turut berlaku namun tidaklah terlalu banyak serta bukanlah masalah utama.

"Saya berharap pengguna dapat menggunakan air secara berhemah kerana kita masih berhadapan dengan musim kemarau," ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy meminta orang ramai agar tidak berada di tempat yang panas kerana keadaan cuaca yang tidak begitu baik sekali gus mengelakkan daripada terkena strok haba.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!