'Perlu tindak balas jika India boikot produk Malaysia'

A Kadir Jasin
A Kadir Jasin
A
A
A

SHAH ALAM - Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin mencadangkan Putrajaya bertindak balas sekiranya New Delhi mahu memboikot produk Malaysia ekoran kenyataan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kedudukan ekspatriat dan pekerja India selepas beratus-ratus tahun negara ini menampung kedatangan imigran dari negara itu juga perlu diteliti jika boikot itu dilaksanakan.

"Sesetengahnya tinggal di sini untuk sementara tetapi ramai yang terus menetap dan menjadi warganegara. Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia menganggarkan ada 150,000 ekspatriat dan pekerja dari negara itu di sini sekarang.

"Memandangkan India bertekad mahu menghukum pengimportan produk kelapa sawit Malaysia, kita mungkin perlu meneliti kedudukan ekspatriat dan pekerja India di negara ini dan produk yang kita import dari India," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Reuters memetik sumber kerajaan dan industri India sebagai berkata, pengimport minyak sawit menghentikan semua pembelian mereka dari Malaysia.

Menurut sumber, langkah berkenaan dibuat selepas kerajaan menggesa mereka memboikot barangan dari Malaysia sebagai reaksi terhadap perbalahan diplomatik membabitkan kedua-dua negara.

Mahathir tidak disenangi New Delhi ekoran kenyataan beliau berhubung perkembangan di Kashmir berpunca daripada undang-undang baru berkaitan pemberian kewarganegaraan untuk pendatang asing bukan beragama Islam.

Mengulas lanjut, A Kadir turut mencadangkan agar Malaysia mengembangkan lebih banyak makanan tempatan yang di import dari India dan tempat lain.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Minyak sawit: Tun M bimbang mengenai larangan India

India tidak boikot minyak sawit Malaysia

Kritikan Tun M terhadap India tidak jejaskan negara

India panggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, bantah kenyataan Tun M