Anwar mahu peralihan kuasa PM berlaku aman

Anwar (kanan) bersama calon Warisan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Datuk Karim Bujang sebelum menyampaikan ceramah di Rumah Ketua Cawangan PKR Kimanis malam ini. - Foto Bernama
Anwar (kanan) bersama calon Warisan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Datuk Karim Bujang sebelum menyampaikan ceramah di Rumah Ketua Cawangan PKR Kimanis malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KIMANIS - Proses berkaitan transisi atau peralihan kuasa perdana menteri haruslah dilakukan secara aman dan teratur.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu juga haruslah mendapat persetujuan dan muafakat daripada semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menghormati Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang berjasa.

“Peralihan kuasa harus dilakukan dengan baik, (kerana) Tun Mahathir mempunyai banyak pengalaman dan jasa (kepada negara). Kita (PH) juga ada muafakat dan janji (yang dipersetujui), jadi sebaiknya ia dibuat dengan cara baik.

“Saya tidak setuju dengan proses itu (peralihan kuasa) jika ia tidak (dilakukan) dengan cara aman dan teratur,” katanya selepas berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di kawasan Pimping, Membakut di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai cadangan beberapa Ahli Parlimen PKR agar peralihan kuasa perdana menteri dibuat pada Mei tahun ini.

Hari ini media melaporkan bahawa Dr Mahathir sedia melepaskan jawatannya jika itu keputusan yang dimahukan Majlis Presiden PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir sedia lepas jawatan PM serta-merta

Sementara itu, Anwar berkata, dakwaan wujud komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya dan suruhanjaya itu tidak sepatutnya berlaku.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak tahu butirannya (laporan) tetapi mereka tidak sepatutnya memusnahkan kehidupan peribadinya,” katanya.

SPRM hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej suruhanjaya itu dan Latheefa. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Ada komplot jenayah mahu calar reputasi saya: Latheefa Koya

Bukit Aman teliti laporan komplot jenayah terhadap Latheefa