Lelaki kritikal kereta terbabas dalam tali air

Sebuah kenderaan terbabas dalam tali air di Kampung Gunung Sali, di sini, pada Selasa.
Sebuah kenderaan terbabas dalam tali air di Kampung Gunung Sali, di sini, pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki kritikal manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam tali air di Kampung Gunung Sali, di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.45 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Alor Setar digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara telah jatuh terjunam ke dalam tali air.

"Pasukan keluaran operasi (PKO) melaporkan terdapat tiga mangsa termasuklah seorang wanita berusia lingkungan 20-an terlibat dalam kemalangan itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Seorang lelaki kritikal manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam tali air di Kampung Gunung Sali, di sini, pada Selasa.
Seorang lelaki kritikal manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam tali air di Kampung Gunung Sali, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, seorang lelaki didapati tidak sedarkan diri dan keadaan nadinya lemah, manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan.

Tambah Ahmad Naufal, anggota bertindak mengeluarkan mangsa dalam kenderaan tersebut serta melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa yang dalam keadaan kritikal.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28