Klopp janji kebangkitan Liverpool

Klopp. Foto AFP
Klopp. Foto AFP
A
A
A

JURGEN Klopp berjanji Liverpool akan bangkit selepas kekecewaan saingan Eropah apabila menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

The Reds menderita kekalahan 0-3 menentang Atalanta pada perlawanan pertama suku akhir Liga Europa di Anfield pada Jumaat, kekalahan pertama mereka di laman sendiri selepas lebih setahun.

Bagaimanapun, mereka mempunyai peluang untuk bertindak balas dengan cepat apabila mereka mengalu-alukan Eagles ke Merseyside pada Ahad.

Bercakap selepas pertembungan dengan Atalanta, Klopp ditanya bagaimana dia boleh memastikan kekecewaan keputusan itu tidak dibawa ke perlawanan seterusnya.

"Pertama sekali, saya tidak boleh memastikan perkara itu, tidak boleh. Tetapi tetap ia satu tugas yang perlu saya lakukan.

"Saya tidak fikir ia adalah titik kekecewaan, walaupun anda boleh melihatnya. Ia adalah kemerosotan daripada segi prestasi. Perkara yang baik tentang prestasi yang sangat buruk ialah ia mudah untuk bermain dengan lebih baik. Jadi kita harus bermula dari situ," katanya.

Klopp berkata, pemainnya sudah tentu akan rasa kecewa namun dia mahu pasukan melihat kehadapan untuk perlawanan seterusnya.

“Pertama sekali, malam ini sudah tentu akan rasa teruk, dan memang begitu akan berlaku. Pada hari Sabtu kami akan mula membuat persiapan untuk Crystal Palace.

Artikel Berkaitan:

“Ya, kita kena tunjukkan reaksi positif. Sudah tentu 100 peratus, itu jelas. Tetapi saya tidak boleh merancang reaksi 20 minit selepas perlawanan. Saya akan memikirkan tentang perakra itu.

"Ini bukan kali pertama dalam hidup saya saya kalah dalam perlawanan bola sepak. Dan ya, kami akan bangkit, saya boleh berjanji," katanya.