Bila murid Melayu fasih nyanyi lagu Cina...

Murid sebuah sekolah menyanyikan lagu Tahun Baru Cina menarik perhatian netizen.
Murid sebuah sekolah menyanyikan lagu Tahun Baru Cina menarik perhatian netizen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah sekolah di sini menyambut baik usaha mengetengahkan bakat seorang murid berbangsa Melayu menyanyi lagu Tahun Baru Cina ketika majlis sambutan perayaan tersebut.

Persembahan murid yang fasih menyanyikan lagu perayaan tersebut itu dirakam dan dimuat naik di Facebook David Koo sebelum tular di laman sosial.

David turut memuat naik kepsyen, "Keharmonian kaum bermula dengan nyanyian dan tolong beri kanak-kanak perempuan Melayu ini tanda suka."

Perkongsian itu membuka mata masyarakat bahawa sesebuah perayaan tidak harus dijadikan modal kepada pihak tertentu untuk menyebarkan propaganda perkauman dan ekstremisme.

Kata Hong, "Ini satu Malaysia, awak memang bagus!" manakala Annie menambah, suaranya sedap didengari.

Selain itu, Jc Khew turut menyokong, "Inilah apa yang Malaysia mahukan."

Tambah Willia, "Saya pun tak mahir lagu ini tapi awak adik kecil, sangat fasih nyanyi."

Dalam pada itu, video selama 1 minit 5 saat tersebut meraih 8,500 rekasi dan 9,400 perkongsian daripada netizen.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, isu tanglung di sekolah SMK Pusat Bandar Puchong 1 menjadi kontroversi selepas ada pemimpin pembangkang mendakwa ia dipasang secara berlebihan dan kononnya ia usaha untuk menyebarkan agama lain kepada murid Islam di situ.

Video yang tular itu dilihat berbeza dengan apa yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 apabila menerima aduan perhiasan perayaan Tahun Baru Cina seperti tanglung di sekolah itu dianggap keterlaluan.

種族和諧就從唱歌開始! 唱得很好聽 ! 请給這位馬來小妹妹一個贊

Posted by David Koo on Saturday, January 11, 2020