Ketepikan Real Madrid, fokus Luton Town

Pep Guardiola. Foto AFP
Pep Guardiola. Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER City tidak boleh terlalu ghairah menanti kunjungan Real Madrid bagi aksi timbal balik suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Etihad minggu depan.

Sebaliknya pengendali Manchester City, Pep Guardiola menuntut The Citizens memberi tumpuan berdepan kelab bergelut Luton Town pada Sabtu dalam usaha mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

"Kami perlu tumpu kepada Luton Town, liga Perdana sangat penting.

"Sudah 11, 10 bulan kami berjuang untuk kejuaraan, kami tahu kedudukan kami di mana," kata Guardiola.

Sebagai rekod, City berada di kedudukan ketiga, dengan 70 mata berbaki tujuh perlawanan dan margin sifar untuk kesilapan, boleh mendaki puncak carta pada Sabtu dan meningkatkan tekanan ke atas Arsenal dan Liverpool yang berkongsi kelebihan mata dengan 71 mata.

City menewaskan Luton Town yang kini berada dikeduudkan tempat ke-18, 2-1 di Kenilworth Road pada Disember.


LIGA PERDANA INGGERIS

Jadual Perlawanan

SABTU (13 APRIL)

Newcastle United lwn Tottenham Hotspur, 7.30 malam

Artikel Berkaitan:

Brentford lwn Sheffield United, 10 malam

Manchester City lwn Luton Town, 10 malam

Nottingham Forest lwn Wolverhampton, 10 malam

Burnley lwn Brighton, 10 malam

AHAD (14 APRIL)

Bournemouth lwn Manchester United, 12.30 malam

Liverpool lwn Crystal Palace, 9 malam

West Ham United lwn Fulham, 9 malam

Arsenal lwn Aston Villa, 11.30 malam

SELASA (16 APRIL)

Chelsea lwn Everton, 3 pagi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28