Real Madrid terbayang trofi La Liga

Ancelotti. Foto EPA
Ancelotti. Foto EPA
A
A
A

REAL Madrid sudah boleh membayangkan trofi La Liga setelah meraih kemenangan ke atas Mallorca 1-0 untuk berkelebihan lapan mata di depan Barcelona menjelang aksi Clasico minggu ini.

Jaringan tunggal Aurelien Tchouameni menerusi rembatan jarak jauh pada awal babak kedua sudah cukup buat skuad bimbingan Carlo Ancelotti untuk meraih tiga mata berharga.

"Ia kemenangan penting yang meletakkan kami semakin hampir dengan gelaran," ujar Ancelotti.

Menerusi kemenangan itu membolehkan Real melebarkan rekod tanpa kalah liga kepada 25 perlawanan dan mengekalkan jurang selamat dengan Barcelona menjelang aksi Clasico di Madrid.

"Fokus kami selepas ini ialah kepada aksi Rabu ini (awal pagi Khamis). Kami perlukan rehat secukupnya," kata Ancelotti.

Pada aksi tersebut, Ancelotti tidak menyenaraikan Vinicius Junior dan Rodrygo dalam kesebelasan utama sebagai persediaan untuk menghadapi Manchester City dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara di England minggu depan.

Sementara itu, Barcelona menewaskan Cadiz 1-0 hasil ledakan Joao Felix pada penghujung separuh masa pertama.

Artikel Berkaitan: