Seorang maut, seorang hilang dihanyutkan kepala air

Air terjun Kampung Sebat, Sematan. Foto hiasan
Air terjun Kampung Sebat, Sematan. Foto hiasan
A
A
A

KUCHING - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya ini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.

"Seorang mangsa juga berjaya dikeluarkan orang kampung namun disahkan meninggal di lokasi, manakala seorang lagi masih hilang.

"Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang ditangguhkan pada 7 malam tadi dan akan disambung esok,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!