Sebulan rampas RM10.6 juta barang seludup

Azhari (depan tiga dari kiri) bersama pegawai dan anggotanya menggagalkan 44 kes penyeludupan pelbagai jenis barangan membabitkan rampasan bernilai RM10.6 juta sepanjang penugasan di Op Wawasan Kelantan.
Azhari (depan tiga dari kiri) bersama pegawai dan anggotanya menggagalkan 44 kes penyeludupan pelbagai jenis barangan membabitkan rampasan bernilai RM10.6 juta sepanjang penugasan di Op Wawasan Kelantan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menggagalkan 44 kes penyeludupan pelbagai jenis barangan membabitkan rampasan bernilai RM10.6 juta sepanjang Op Wawasan Kelantan yang dilaksanakan bermula 16 Disember 2019 sehingga hari ini.

Jumlah tersebut merupakan kejayaan terbesar PGA melalui operasi yang diambil alih pasukan itu bermula April tahun lalu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kejayaan terbesar itu adalah komitmen anggota berkenaan dalam operasi yang bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

"Kejayaan terbesar kita ialah rampasan dadah jenis syabu seberat 100 kilogram bernilai RM7 juta manakala rampasan kedua tertinggi yang kita catatkan membabitkan sembilan kes berkait dengan veterinar berjumlah RM1.4 juta," katanya pada sidang media di Markas Taktikal PGA Lubok Stol di sini hari ini.

Azhari berkata, kes berkait dengan kastam berjumlah RM1.12 juta direkod sebagai jumlah ketiga tertinggi sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, selain itu rampasan turut melibatkan kes imigresen, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Sebanyak 25 tangkapan dibuat melibatkan 22 penduduk tempatan dan tiga warga Thailand," katanya.

Artikel Berkaitan: