‘Kalau Adam tiada nanti, ibu kena kuat’

Adam (kanan) bergambar bersama ahli keluarga di wad Hospital Kemaman dengan memakai pakaian sedondon di pagi Hari Raya Aidilfitri.
Adam (kanan) bergambar bersama ahli keluarga di wad Hospital Kemaman dengan memakai pakaian sedondon di pagi Hari Raya Aidilfitri.
A
A
A

SHAH ALAM - “Kalau Adam tiada nanti, ibu kena kuat,” itu luahan anak bongsu Zalina Jaafar, 40, ketika menahan kesakitan penyakit yang sudah didiagnoskan oleh doktor pakar mata Hospital Kemaman, Terengganu.

Anak lelaki tunggal daripada tiga beradik itu, Adam Darwisy Mohd Saipu Nizam, 12, disahkan menghidap kayap atau Herpes Zoster di bahagian mata sebelah kanannya.

Keadaan Adam ketika didiagnoskan penyakit kayap pada 3 April.
Keadaan Adam ketika didiagnoskan penyakit kayap pada 3 April.

Menurut Zalina, Aidilfitri tahun ini disambut dengan lebih sederhana dan biasa bagi menghormati keadaan anaknya yang sedang sakit di hospital.

“Doktor meminta Adam ditahan wad selama lebih 20 hari untuk memberikan ubat antibiotik secara harian dan akan dipantau dengan kerap,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, Zalina berkata, tahun ini merupakan giliran kampung suaminya, Mohd Saipu Nizam Abdullah, 43, di Bandar Ceneh Baru, Kemaman, namun disambut sederhana bersama ahli keluarga di hospital.

Keadaan kayap di bahagian muka Adam selepas menerima suntikan antibiotik.
Keadaan kayap di bahagian muka Adam selepas menerima suntikan antibiotik.

“Dua anak perempuan saya memang memahami, mereka faham adik sakit.

Artikel Berkaitan:

“Saya turut terharu bila adik-beradik dan saudara datang lawat Adam sebab masing-masing pun ada perancangan lain pergi beraya tetapi memilih untuk tengok keadaan anak saya.

“Adam gembira sangat bila sepupu dia datang dan ziarah, cuma agak terbatas sikit kerana sekarang pihak hospital tak bagi melawat secara beramai-ramai,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28