Anis Zulaikha pulang ke rumah malam raya - Polis

Anis Zulaikha.
Anis Zulaikha.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilapor hilang sejak Sabtu lalu, telah selamat pulang ke rumahnya di Ara Damansara, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, remaja yang dikenali sebagai Anis Zulaikha Abdul Azim pulang sendiri pada jam 9 malam.

"Remaja terbabit juga sudah tampil membuat laporan polis selepas pulang ke rumahnya hari ini (Selasa).

"Hasil siasatan mendapati dia berada di rumah rakannya sepanjang tempoh kehilangannya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sebelum ini, Shahrulnizam dilaporkan berkata, remaja itu bertindak 'melarikan diri' disebabkan berasa terkongkong dan berang ditegur kerana bermain telefon sehingga malam.

Mangsa kali terakhir di rumahnya pada jam 2.30 petang, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, sebaik siaran media kehilangannya dilaporkan media, mangsa pulang ke rumahnya pada malam raya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: