Remaja perempuan 16 tahun hilang

Anis Zulaikha dilaporkan hilang pada Ahad.
Anis Zulaikha dilaporkan hilang pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes seorang remaja perempuan dikenali sebagai Anis Zulaikha Abdul ‘Azim dilaporkan hilang pada jam 9.44 pagi Ahad.

"Maklumat diperoleh kali terakhir remaja itu berada di sebuah kondominium di Ara Damansara, pada jam 2.30 petang Sabtu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!