Remaja dikhuatiri lemas selepas hilang di tali air

Muhammad Shahrizal terjatuh sebelum lemas di anak sungai. - Gambar sekadar hiasan
Muhammad Shahrizal terjatuh sebelum lemas di anak sungai. - Gambar sekadar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang remaja berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika mandi di tali air di perkampungan Indera Sempurna dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asistan Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Mohamad Amirul Haikal Che Jaafar, yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dilaporkan kali terakhir dilihat pada jam 3.50 petang.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa telah diaktifkan sejak petang tadi," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau dekat sini, difahamkan ke tali air itu bersama enam rakan.

Artikel Berkaitan: