Sambut lebaran dengan semangat perpaduan - Nga Kor Ming

Kor Ming bersama kakitangan KPKT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.
Kor Ming bersama kakitangan KPKT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengharapkan lebaran kali ini disambut dengan penuh semangat perpaduan dan kesyukuran.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, rakyat negara ini perlu mengeratkan silaturahim, perhebatkan perpaduan dan sentiasa menjaga kesihatan.

“Dari pejabat Menteri KPKT kepada anda sekeluarga di kampung, kami dengan penuh tawaduk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

"Bagi yang pulang ke kampung halaman masing-masing, semoga tuan-tuan dan puan-puan sentiasa berhati-hati semasa perjalanan pulang berhari raya ke kampung halaman," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Selain itu, Kor Ming dalam video yang dimuat naik di Facebook berkata, lobi kementeriannya indah dengan hiasan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Perpaduan dalam kepelbagaian adalah cara hidup kita, sama ada perayaan Hari Krismas, Tahun Baharu Cina, ataupun Deepavali, kita sambut bersama dengan hati terbuka, perpaduan dalam kepelbagaian - stronger together,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!