Pemuda Pas lancar gelombang #RayaIngatPalestin

Pemuda Pas Malaysia akan melancarkan gelombang #RayaIngatPalestin.
Pemuda Pas Malaysia akan melancarkan gelombang #RayaIngatPalestin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Malaysia akan melancarkan gelombang #RayaingatPalestin sebagai tanda solidariti dan tanda ingatan terhadap nasib saudara seagama di negara bergolak itu.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nadzir Helmi berkata, gelombang itu mengajak semua umat Islam di negara ini untuk merayakan hari raya seperti biasa dan penuh kegembiraan, namun dalam masa tidak melupakan penderitaan umat Islam di bumi Palestin dan Gaza.

"Antara aktiviti yang disarankan menerusi gelombang ini adalah seperti mengibarkan bendera dan memakai mafla Palestin, serta memuat naik gambar hari raya (OOTD) dengan tanda pagar #RayaIngatPalestin," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Nadzir, umat Islam di bumi Palestin terus dibantai dengan kejam dan hanya mampu sabar bertahan dengan ujian kematian serta kebuluran di saat umat Islam seluruh dunia bakal menyahut perayaan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Justeru, Pemuda Pas turut menyeru agar usaha dalam bentuk doa, munajat dan sumbangan derma terus diperhebatkan sebagai ikhtiar dalam membantu perjuangan umat Islam Palestin mempertahankan bumi para anbiya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: