Pelan Al-Falah, komunikasi tangani isu sensitif berkaitan agama - Zulkifli Hasan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil pendekatan menerusi pelan Al-Falah dan komunikasi dalam usaha menangani isu sensitif berkaitan agama Islam dan berita palsu.

Timbalan menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, inisiatif tersebut membolehkan sebarang isu-isu semasa dapat dijawab dengan lebih tangkas dan efisien.

"Malah kami juga sudah mengaktifkan semula jawatankuasa khas bagi memantau isu agama supaya masyarakat diberi maklum balas dengan kadar segera.

"Kami sangat mengambil perhatian kepada kualiti sesuatu perkara untuk dimaklumkan kepada masyarakat kerana ia perlu dipastikan kesahihan fakta," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Interviu siri 08 yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Selasa.

Program dihoskan Haizir Othman itu membincangkan tajuk 'Muslim Ramah atau Muslim Marah?’.

Dalam pada itu, tambah Zulkifli, pihaknya amat menitikberatkan kepada fakta yang tepat bagi memberikan pencerahan sesuatu isu sekali gus boleh menenangkan serta mendamaikan masyarakat.

"Kita tidak mahu maklum balas yang pantas namun ada penambahbaikan pembetulan pada kemudiannya, pihak kami ingin pastikan apa yang ingin dikongsikan kepada masyarakat itu merupakan sesuatu yang benar dan sahih.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kami telah melakukan kerjasama dengan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk bergerak seiring bagi mencapai objektif tersebut," katanya.

Jelas beliau, jabatan berkenaan turut mempunyai 14 agensi di bawah satu payung digerakkan secara bersama yang akan diperkukuh dari semasa ke semasa.

Ujarnya, media arus perdana sangat penting untuk difokuskan bagi mencapai keseluruhan segmen dalam masyarakat.

"Apa yang diperlukan mereka ini adalah maklumat dan informasi yang tepat menerusi platform yang pelbagai, ia sudah dilaksanakan dan kesannya akan nampak mengikut peredaran masa.

"Saya jangkakan keberkesanan itu akan dirasakan dan masyarakat boleh membuat rujukan kepada semua platform daripada agensi-agensi agama yang berkenaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!